Categories
Property

Sistem Interaksi Sektor Hartanah

“Sebelumnya belajar silat, mesti belajar isim dulu” – Pendekar Mustar, Pendekar Bujang Lapok

https://www.youtube.com/watch?v=4J4mCvk0KiE

Seperti contoh kata Pendekar Mustar, kita kena belajar theory dulu sebelum mendalami ilmu hartanah.

Ini adalah sistem interaksi dalam sektor hartanah. Ada 3 komponen penting dalam hartanah. Pasaran Ruang, Pasaran Aset dan Industri Pembangunan.

Pasaran ruang ini juga dipanggil sebagai pasaran sewa. Pasaran sewa ini adalah yang paling cair, atau liquid sebab wujudnya banyak tuan rumah dan penyewa. Oleh itu ekuilibrium boleh dicapai dengan cepat dalam pasaran ini. Ada dua kadar yg penting – sewa dan occupancy

Sewa melambangkan nilai tunai yg tuan rumah akan dapat dan nilai yg sanggup dibayar oleh penyewa. Occupancy rate ialah kadar kependudukan semua hartanah dalam sesuatu lokasi. Ini adalah 2 faktor yg akan diambil kira dalam pasaran asset

Ini adalah pasaran aset. Dari sewaan tadi, kita dapat cashflow, dan kita boleh kira nilai hartanah kita tadi melalui discounted cashflow. Pasaran asset ini dimainkan oleh para pelabur yg menjual dan beli hartanah mengikut kadar pulangan tertentu.

Asas nilai hartanah ialah kebolehan hartanah utk hasilkan aliran tunai masa depan. Disebabkan pasaran aset ini kurang cair, ada masalah untuk mendapatkan nilai hartanah dengan tepat pada satu satu masa kerana tidak diniagakan setiap hari seperti pasaran saham.

Ini ialah industri pembangunan hartanah. Industri ini ada satu sahaja soalan asas. Adakah nilai hartanah setelah siap lebih dari kos pembangunan? Jika ya, bina. jika tidak, jgn bina.

Kita dapat lihat, sistem hartanah ini agak dinamik interaksinya. Sistem ini menghasilkan jenis dan bekalan hartanah yg sesuai utk kegunaan masyarakat. Jika ekonomi dan populasi sedang berkembang, semakin byk ruang yg diperlukan. sewa naik dan lebih byk hartanah dibina.

Namun, jika ekonomi menguncup, kita tidak akan musnahkan bangunan. Oleh itu, sewa akan jatuh lebih byk dari kuantum kenaikan semasa ekonomi berkembang. Wujud assymmetry dalam pasaran hartanah. Let us know what you think.

Bibliography Geltner, David M., Norman G. Miller, Jim Clayton, and Piet Eichholtz. 2014. Commercial Real Estate: Analysis and Investments. 3rd ed. Mason, OH

Don’t want to miss any of these analysis?
Please subscribe below