Categories
Community Lifestyle Malaysia Malaysian Property Urban

Malakat Mall tarikan beli-belah baharu di Cyberjaya

Tempoh bacaan: 2 minit

Pembukaan Malakat Mall pada 1 Mac 2020 akan memberi lebih banyak pilihan kepada warga Cyberjaya untuk membeli-belah.

Terletak di Raudhah City, gedung beli-belah setinggi tiga tingkat itu mengetengahkan konsep Islamik.

Malakat Mall
Gambar: Farid Janudin

Ia bakal menghimpunkan produk-produk keluaran usahawan bumiputera dan Muslim, selaras dengan lokasinya di kawasan kejiranan Raudhah City.

Pada masa yang sama, gedung beli-belah berkenaan turut membuka 20 peratus daripada 48 lot runcitnya kepada syarikat bukan bumiputera atau syarikat asing.

Nama

Dari mana pula datangnya nama Malakat Mall?

‘Malakat’ merupakan perkataan Arab yang bermaksud ‘perhimpunan segala pedagang’.

Malakat Mall
Gambar: Farid Janudin

Malah, Melaka pada zaman kegemilangannya pernah digelar ‘Malakat’ oleh pedagang-pedagang Arab yang berurus niaga di situ.

Pengasas

Individu yang bertanggungjawab mengasaskan gedung beli-belah ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Malakat Mall Sdn Bhd, Mohd Fadzil Hashim.

Beliau juga merupakan pengasas Kumpulan Brainy Bunch dan Raudhah City.

Objektif

Malakat Mall ditubuhkan dengan objektif untuk merancakkan pembangunan ekonomi di Raudhah City dan Cyberjaya.

Selain itu, ia juga membuka ruang dan peluang kepada usahawan bumiputera dan Muslim untuk memasarkan produk mereka.

Secara tidak langsung, usaha tersebut berupaya meningkatkan lagi penyertaan usahawan bumiputera dan Muslim dalam sektor peruncitan di Malaysia.

Gedung beli-belah itu juga mampu mewujudkan komponen pasaran dalam ekosistem ekonomi bumiputera melalui promosi perniagaan berkualiti tinggi.

Malah, ia akan menjadi pusat transformasi perniagaan dari segi penyediaan perkhidmatan jualan pukal dan berpusat untuk jenama usahawan tempatan.

Penyewa Utama

Pasar raya Raudhah Grocer menjadi penyewa utama sekali gus berperanan sebagai pusat makanan halal.

Ruang niaga yang lain akan diisi oleh para usahawan yang menawarkan pelbagai jenis barangan kepada pelanggan.

Produk yang bakal dijual merangkumi buku, peralatan bertukang, alat tulis, makanan dan minuman, pencuci, kosmetik dan penjagaan diri serta pakaian.

Karnival

Warga Cyberjaya tidak perlu memandu ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah barangan keperluan untuk Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

Mereka boleh mendapatkan barangan seperti pakaian, aksesori, kuih raya dan beraneka jenis kerepek di Malakat Mall.

Karnival Jualan Raya akan berlangsung mulai 15 Mac hingga 23 Mei 2020, dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Perancangan

Difahamkan, pengurusan Malakat Mall merancang untuk membina sebanyak 100 gedung beli-belah di seluruh negara.

Masa yang diambil untuk mencapai sasaran tersebut adalah 10 tahun.

Semoga Malakat Mall terus berkembang maju dalam usaha memperkasakan usahawan bumiputera dan Muslim di negara ini.

Artikel ini ditulis oleh Badrul Hafizan Mat Isa dan disunting oleh Hussaini Amran.

Artikel-artikel lain:

Sejuk mata memandang di Taman Botani Putrajaya

5 Pantang Larang Hidup Berjiran

Categories
Elite Lifestyle Property Urban

Getting tough and fit in Cyberjaya

Cyberjaya
Photo: Cyberjaya Paintball Park

Despite its ‘nerdy’ reputation, Cyberjaya offers several facilities for those who want to sweat it all out after hectic hours at the workplace.

The range of activities available is abundant, such as futsal, badminton, go-kart, paintball, golf, swimming, tennis, squash, and the list drags on and on.

Keep your state-of-the-art gadgets away for a while and do your bodies some favors by spending time at these recreational facilities in the area.

Cyberjaya Lake Gardens Community Club

Photo: Cyberjaya Lake Gardens Community Club

You may find the club somewhere behind the Multimedia University and in the Cyberjaya Lake Gardens area.

For those who love outdoor activities, they may engage in a paintball battle, hit some golf balls at the driving range, and drive go-karts at the circuit.

Photo: Selangor Darul Ehsan Facebook page

Other things you can do here include playing badminton, basketball, futsal, squash, swimming, tennis and even beach volleyball.

Or, you just can burn those carbs away at the club’s gym.

Photo: Kelab Komuniti Cyberjaya Facebook page

Cyberjaya Sports Arena

If you love football, then you must visit this sports facility frequently.

The mini stadium here has hosted so many community football matches and provides the players with the opportunity to experience the artificial turf while being cheered by their fans from the mini grandstand.

Cyberjaya
Photo: TSI Sports Arena

Besides football, you may also play a game or two of basketball, futsal, and tennis with your buddies here.

For those who want to experience life in a boot camp, you may go to Chief’s Original Bootcamp.

Time to get fit

Excited about joining classes on Les Mills Bodypump, Bodycombat, TRX, pilates, yoga and Zumba?

Well, you may sign up at three gyms and fitness centers around the area, namely, Celebrity Fitness, Chi Fitness, and Agym Fitness. – RED ANGPOW

Source: Cyberjaya Malaysia website